*Date:* 10 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Ewah-Ewah Puding Roti
*Bahan-Bahan*
▶5 keping roti @ Baki-baki roti jangan buang, buat mcm ni je
▶1 tin susu cair = 400 ml
▶Butter (untuk sapu kat roti) = x buat pun boleh, nak sedap letak lah
▶Kismis untuk hiasan @ Cokelat Chip
▶4 sudu besar gula kastor
▶1 sudu kecil asen vanilla
▶2 biji telur gred b
*Cara-cara*
✅Masukkkan asen vanila,gula dan telur dalam satu acuan dan kacau. Kemudian kacau sebati bersama susu cair
✅Sapu butter depan dan belakang roti dan potong kepada 4 bahagian.Letak dalam loyang atau ape je bekas yang ada kat dapur
✅Kemudian jiruskan semua adunan tadi keatas roti yang dah disusun dalam loyang
✅Tabur kismis diatas roti untuk hiasan, Cikgu suka letak cokelat chip
✅Kukus selama 20 - 30 minit atau sehingga masak, bakar pun boleh ikut nak mana, bakar suhu 170 c selama 20 - 30 minit atau sehingga masak
✅Biar sejuk sikit
*Sedia Dihidangkan*
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger