*Date:* 5 sept 2019
*Disiarkan:* Team NR
*Menu:* Chicken Chop
*Bahan-bahan*
▶3 potong besar ayam – di buang tulang (nak senang ambik bahagian dada)
▶3 ulas bawang putih
▶2 sudu besar sos tiram
▶2 sudu besar sos kicap manis
▶2 sudu kecil serbuk lada sulah
▶6 inc halia – di kisar halus
*Bahan sos black pepper*
▶170 gm sos lada hitam
▶1 sudu kecil sos tiram
▶2 sudu kecil sos kicap manis
▶1 sudu besar planta
▶1 sudu besar tepung jagung – di bancuh sedikit dengan air
▶1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
▶1/2 cawan susu cair
▶1 cawan air
▶garam secukup rasa
▶sesedap rasa
*Bahan salutan*
▶1 biji telur grade A – di kacau
▶2 sudu besar tepung gandum
▶100 gm bread crumbs yang kuning
*Cara buat chicken chop black pepper sauce*
✅Gaul ayam dengan bahan kisar, sos tiram, sos kicap, serbuk lada sulah dan garam. Perap selama 3 jam dalam peti sejuk, minimum, nak sedap semalaman lagi power.
✅Lepas tu gaul ayam dengan tepung gandum.
✅Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
✅Celup ayam dalam telur dan salut dengan bread crumbs. Ambil satu per satu.
✅Goreng ayam dengan api sederhana hingga ayam masak sekata.
*Cara buat sos black pepper*
✅Satukan semua bahan sos, kecuali lada hitam, tepung jagung dan garam. Kacau dengan whisk.
✅Didihkan sos tadi di atas api sederhana hingga meruap dan sesekali kacau.
✅Masukkan bancuhan tepung jagung dan didihkan sepenuhnya. Kacau terus supaya tidak bergentel.
✅Taburkan lada hitam dan garam secukup rasa.
✅Matikan api dan letakkan sos di atas chicken chop.
*Sedia dihidangkan untuk candy light dinner bersama suami atau anak-anak*
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger