WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Ikan Cencaru Sumbat Sambal

*Date:* 31 July 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Ikan Cencaru Sumbat Sambal

*Bahan-Bahan*
▶20 biji cili merah + hijau❗
▶3 biji bawang besar (1biji di belah empat (kisar),2 biji lagi di hiris membulat)❗
▶3 biji tomato❗
▶Sedikit air ❗
▶6 biji bawang putih ❗
▶garam,gula & secukup rasa
▶1 biji air perahan limau kasturi ❗
▶Sedikit belacan ❗

*Cara-cara*
✅Belah belakang ikan cencaru diketepikan. Kisar bahan2 yang bertanda ❗. Kisar sedikit hancur. Kalau suka masam tambahkan air perahan limau kasturi, tambah perisa garam dan gula. Masukkan bawang besar yang belah di hiris membulat
✅Kacau sebati, sumbat ke dalam ikan cencaru yang di lumur dengan sedikit garam. Biarkan seketika dalam 25 minit. (Perap)
✅Siap sedia untuk goreng. Pastikan goreng dgn menggunakan minyak yang banyak dan api yang panas perlahan. Pastikan ikan betul2 masak baru terbalikkan. Nak elakkan ikan hancur, lebihkan bahan kisar tadi. Boleh dicurahkan pada ikan. Nak pekat boleh panaskan seketika.

*Selamat mencuba* 殺



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS