WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Badak berendam

Date:  9 Ogos 2019
DiSiarkan:  Cikgu Ila/Cikgu Nas
Menu:  Badak berendam

Bahan-bahan
▶2 cawan tepung pulut
▶1 cawan air tapisan pandan
(8 helai daun pandan)
▶2 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
▶1 cawan kelapa parut
▶1 cawan gula merah
▶1/2 cawan gula pasir
▶1/2 cawan air
▶2 helai daun pandan (Disimpul)
▶Garam secukup rasa

Cara-cara
✅Bancuh tepung pulut bersama air daun pandan
sehingga menjadi doh yang lembut.
✅Masak kelapa parut bersama gula merah, gula
pasir, air dan daun pandan sehingga pekat bagi menjadikan inti.
✅Bentukkan doh menjadi bulat dan isikan inti di dalamnya.
✅Letakkan doh berinti di dalam loyang dan tuangkan santan pekat yang digaulkan garam.
✅Kukuskan selama 30 minit ataupun sehingga masak.

Sediakan dihidangkan


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS