Date: 7 Jan 2019
Kredit: Cikgu
Di Siarkan: Admin Wani
Menu: Kek Pisang
Bahan-Bahan
Bahan A (Di Ayak Bersama)
▶2 cawan tepung gandum
▶1 sudu teh baking powder
▶1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B (Di Blander Bersama)
▶4 biji pisang berangan (boleh gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji)
❗Atau secawan penuh pisang lenyek
▶1 cawan minyak (cikgu guna minyak jagung)
▶1 cawan gula (cikgu guna separuh gula putih, separuh gula perang)
▶3 biji telur gred A
Cara-Cara
✅Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar.
✅Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
✅Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
✅Alaskan loyang dengan kertas minyak (cikgu guna loyang petak size 8inch).
✅Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 35 to 40 minit atau sehingga kek masak.
❗Ingat Taw Kenal Oven Masing-Masing, Kalau Nak Kukus 45 Minit Harus Buat Seperti Di Bawah
✅Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak)
☺ Sedia Di Hidang
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger