WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Saturday, 19 October 2019

ZIKIR PAGI AMALAN SUNNAH RASULULLAH ﷺ

kredit buat blog tuan mdthamim


Antara zikir dan doa utama yang diamalkan Rasulullah ﷺ pada waktu pagi setelah subuh hingga terbit matahari:

1. MEMBACA AYAT KURSI

Dibaca satu (1) kali

Fadhilat:

"Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang."

[HR Al Hakim 1: 562]

2. MEMBACA 3 QUL; SURAH AL IKHLAS, AL FALAQ & AN NAAS

Dibaca tiga (3) kali

Fadhilat:

"Siapa yang mengucapkannya masing-masing tiga kali ketika pagi dan petang, maka segala sesuatu akan dicukupkan untuknya."

[HR. Abu Daud no. 5082, Tirmidzi no. 3575]

3. MEMBACA SAYYIDUL ISTIGHFAR

Dibaca satu (1) kali

‎اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ،
‎أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْت*َ.

Fadhilat:

"Barangsiapa mengucapkan zikir ini di siang hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati pada hari tersebut sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni syurga. Barangsiapa yang mengucapkannya di malam hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati sebelum pagi, maka ia termasuk penghuni syurga."

[HR. Bukhari no. 6306]

4. MEMBACA DOA PELINDUNG DIRI

Dibaca tiga (3) kali.

‎بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Fadhilat:

"Barangsiapa yang mengucapkan zikir tersebut sebanyak 3 kali di pagi hari dan 3 kali di petang hari, maka tidak akan ada bahaya yang tiba-tiba memudaratkannya."

[HR. Abu Daud no. 5088, 5089, Tirmizi no. 3388, dan Ibnu Majah no. 3869]

JOM SAMA2 AMALKAN

@kitabdoa 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS