WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Tuesday, 15 October 2019

RESEPI Kuih Cara Berlauk Cheese

*Date:* 22 Dec 2018
*Kredit:* Cikgu
*Di Siarkan:* Admin Cikgu
*Menu:* Kuih Cara Berlauk Cheese

*Bahan-Bahan*
➡1 cawan tepung gandum
➡1 biji telur gred B
➡1 sudu marjerin _(tak nak letak pun boleh)_
➡1 1/2 cawan santan _(sederhana cair_)
➡Secubit Garam
➡Sedikit pewarna kuning telur

*Cara-Cara*
✅Blender semua bahan sampai rata dan sebati..
✅Tuang dalam jug kecil

*Bahan-Bahan Inti*
➡1 cawan daging kisar/isi ayam
➡1 biji bawang besar _(Potong dadu kecil2_)
➡3 biji bawang putih _(hiris nipis)_
➡1 sudu besar cili kisar
➡3 sudu serbuk kari daging
➡Sedikit garam
➡Serbuk perasa

*Cara-cara*
✅Gaul Rata

*Bahan-Bahan untuk hiasan:*
➡Daun sup/daun bawang
➡Cili besar merah
➡2-3 cheese slice _(gunting kecil2)_

*Cara-Cara*
✅Tumis bawang, cili kisar dan rempah hingga naik minyak
✅Masukkan daging kisar/isi ayam, garam serbuk perasa.. Kacau hingga masak/kering.. Ketepikan
✅Panaskan acuan kuih cara.. Guna api perlahan.. Sapu sedikit minyak.. Tuang adunan 3/4 acuan..biarkan sekejap
✅Baru masukkan inti, daun sup/daun bawang, cili merah.. Last letak cheese.. Tutup guna penutup periuk hingga kuih masak.(chesee cair kira dah masak)


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS