WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Keria gula melaka

*Date:* 24 Sept 2019
*Disiarkan:* Cikgu Nashila/Admin Wani
*Menu:* Keria Gula Melaka

*Bahan-bahan*
▶800 gram keledek (dalam 2 ketul besar)
▶1 1/4 cawan tepung gandum
▶2 sudu kecil baking powder
▶1 sudu kecil garam

*Bahan-bahan gula/sira*
▶1 ketul gula melaka
▶1 sudu besar gula batu
▶1 sudu besar gula putih
▶1/2 cawan air

*Cara-cara*
✅Rebus keledek hingga empuk dan toskan airnya, dah sejuk tumbuk2 dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari keledek
✅Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah
✅Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan

*Cara-cara  gula/sira*
✅Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat. Sedia untuk digaul kuih keria.

*Info*
_Tak ape je jika doh melekat sikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan bentukkan menjadi bulat. Kalau goreng keria, jangan kerap sangat terbalikkan kuih semasa menggoreng  nanti kuih jadi serap minyak_


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS