WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Bubur Asyura

*Date:* 5 September 2019
*Menu:* Bubur Asyura

*Bahan-bahan*

▶1 cawan tepung beras
▶1 cawan gula merah
▶3/4 cawan gula
▶1 cawan kacang hijau✳
▶1/2 cawan kacang tanah✳
▶1 biji ubi keledek kuning✳

✳ direbus sampai lembut, kecuali keledek kuning, cukup setengah masak je

▶1 cawan jagung
▶6 cawan santan
▶6 biji pisang masak dipotong

*Cara-cara*
✅bancuh tepung beras bersama santan, gula merah, gula dan garam
✅tapiskan bahan tersebut ke dalam kuali dan masak sampai mendidih dgn api perlahan kecil
✅pastu masukkan bahan yang dah direbus tadi, kacau sampai bubur pekat dan nampak berkilat
✅pastu masukkan pisang
✅tuang dalam loyang dan ratakan
✅dah sejuk baru potong

*Bubur asyura banyak cara ya*


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS