WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Nasi Kari Daging

*Date:* 12 Ogos 2019
*DiSiarkan:*  Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Nasi Kari Daging

*Bahan-Bahan*
▶1/2 kg daging dipotong dan direbus sehingga lembut
▶3 cawan beras biasa
▶4 cawan air rebusan daging
▶2 labu bawang merah besar dihiris halus
▶2 ulas bawang putih dihiris halus
▶1 Inch halia dihiris halus
▶2 batang kayu manis sederhana je
▶2 kuntum bunga lawang
▶3 sudu makan minyak ghee (kalau xder guna planta pun boleh)
▶3 sudu makan minyak masak
▶3 sudu makan rempah kari daging (kalau suka pedas2 sikit letak lah lagi)
     _campurkan sedikit air_
▶1 sudu makan serbuk cili
▶2 sudu makan tomato puri
▶1 ikat daun ketumbar secekak dihiris halus
▶garam secukup rasa

*Cara-cara*
✅Panaskan minyak dan minyak ghee
✅Tumis, bawang merah+bawang putih+halia+kulit kayu manis+bunga lawang sehingga naik wangi
✅Masukkan rempah kari yang dah letak air sikit tadi, masak sehingga rempah garing
✅Masukkan daging+air daging+tomato puri+garam dan masak sampai mendidih
✅Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar
✅Dah masak gaulkan sekata

*Sedia dihidangkan* 


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS