WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Tuesday, 15 October 2019

RESEPI Kuih Kura-kura

*Date:* 6 Sept 2019
*Disiarkan:* Team NR
*Menu:* Kuih Kura-kura

*Bahan-bahan*
*Untuk Kulit*

▶3 cawan tepung pulut
▶1 cawan tepung gandum
▶1 sudu teh garam
▶500ml air
▶10 sudu makan minyak masak
▶Sedikit pewarna merah
▶Daun pisang sebagai alas. (boleh dipotong bentuk segiempat atau bentuk bulat)

*Untuk Inti*
▶2 cawan kacang dhal (rendam lebih kurang 3 jam. Kemudian rebus hingga empuk. Selepas ia empuk, hancurkan menggunakan pengisar tangan)
▶1/2 cawan gula
▶1 sudu teh garam
▶2 sudu makan minyak masak

*Cara-cara*
✅Gaulkan kacang dhal yang telah dihancurkan bersama gula, garam dan minyak masak hingga sebati.
✅Ketepikan seketika sebelum digunakan.
✅Adun tepung bersama semua bahan untuk kulit tadi hingga sebati hingga boleh dibentukkan seperti bebola.
✅Bentukkan sebesar bola ping pong. Masukkan inti kacang dhal.
✅Tekapkan bebola adunan berisi inti tadi dalam acuan berbentuk kura-kura.
✅Letakkan atas daun pisang tadi.
✅Masak dalam pengukus selama 10 - 15 minit (pastikan pengukus telah dipanaskan sebelum memasukkan kuih tadi)
✅Setelah masak, sedia untuk dihidangkan.



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS