WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Japanese Cotton Cheese Cake

*Date:* 5 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Japanese Cotton Cheese Cake

*Bahan-Bahan*
▶60 gram Susu kotak segar, ikut lah nak full krim ke x
▶150 gram cream cheese (nak sedap tapi mahai sikit, guna phidphia)
▶40 gram pure butter unsalted, nak guna butter biasa pun boleh
▶65 gram tepung kek
▶5 biji Telur Gred A
▶120 gram gula kastor
▶1 tsp esen vanilla

*Cara-Cara*
✅Ni paling leceh, Asingkan Telur Putih dan kuning
✅Satukan Susu, cream cheese dan butter, panaskan hingga cair, Cikgu guna microwave tuk bagi cair je
✅Bila dah cair dan suam suam, Baru masukkan kuning telur dan kacau rata
✅Kemudian masukkan Tepung kek sikit2 dan kacau rata, Dan masukkan esen vanilla
✅Bowl lain, Telur Putih dan gula pukul sampai separuh kembang, medium peak gitu
✅Masukkan adunan telur putih ke dalam adunan kuning telur, sikit2 *Jangan tuang semua, confirm x Jadi nanti.* Kacau rata dengan cara kaup balik
✅Bakar dengan cara water bath suhu 130 C selama 1 jam 30 minit, mengikut oven masing2.

*Selamat mencuba* 殺

Water Bath = boleh rujuk YouTube cara nya mcm mana, lagi senang nak tgk video. Video Cikgu Khas buat Praktikal Kelas 浪



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS