WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Tortilla Wrap Diet

*Date:* 5 September 2019
*Menu:* Tortilla Wrap Diet

*Bahan-Bahan*
▶1 kepingan ‘tortilla’ (boleh didapati di kebanyakan pasar raya, nak sedap ambik yang garlic, ikut lah nak rasa apa)
▶separuh dada ayam saiz sederhana (dipotong dadu)
▶1 ulas bawang putih (dicincang)
▶bawang merah (dimayang)
▶timun (dipotong dadu)
▶daun bawang/sup/ketumbar
▶salad
▶sos cili
▶mayonis
▶serbuk lada hitam
▶garam
▶minyak zaitun/minyak masak (untuk menumis)

*Cara-Cara*

✅Panaskan satu sudu besar minyak masak di atas pan.
✅Masukkan bawang putih dan kacau seketika, kemudian masukkan ayam.Letakkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
✅Setelah ayam hampir masak, masukkan timun dan kacau-goreng seketika kemudian tutup api kuali.
✅Letakkan kepingan tortilla di atas pinggan dan susun daun salad ke atasnya.
✅Letakkan ayam yang telah siap dimasak diatas susunan tortilla dan salad dan taburkan bawang merah yang telah siap dimayang dan daun bawang/sup/ketumbar di atasnya.
✅Letakkan sos cili dan mayonis.
✅Gulung dan siap boleh makan yang nak berdiet nasi



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS