WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak

*Date:* 28 July 2019
*Disiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak

*Bahan-bahan*
Bahan-bahan dihiris kasar
▶1 ikat pucuk ubi
▶10 helai pucuk labu

Bahan-bahan dihiris halus
▶3 helai daun kunyit
▶4 batang serai

Bahan-bahan ditumbuk
▶20 biji cili api
▶1 1/2 inci kunyit hidup
▶1 genggam ikan bilis

Bahan-bahan lain
▶6 sudu besar tempoyak
▶1 1/2 cawan santan pekat
▶1 cawan air
▶3 papan petai
▶1 keping asam keping
▶garam secukupnya.

*Cara-cara*
✅Rebus sekejap pucuk ubi yang dah di hiris kasar tadi. Toskan. Di dalam lesung batu, tumbuk cili dan kunyit hidup hingga hancur.
✅Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar. Masukkan ke dalam periuk. Tumbuk kasar serai yang di hiris halus tadi juga dan masukkan ke dalam periuk.
✅Masukkan santan, tempoyak, asam keping, petai, pucuk ubi, pucuk labu dan gaul atas api sederhana.
✅Masak hingga mendidih dan masukkan garam. Masak ikut kepekatan yang dikehendaki.

*Selamat mencuba*


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS