WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Karipap Sedap

*Date:* 23 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Karipap Sedap

*Bahan-Bahan Kulit Karipap*
▶4 cawan tepung gandum
▶2 sudu gula
▶sedikit garam
▶1/4 cawan minyak panas
▶1sb shortening
▶2 sb butter/majerin
▶Sedikit air (ikut keselesaan jd dough, jangan tuang ikut suka taw)

*Cara-Cara*
✅Satukan tepung, gula, garam,  gaul kan tambah minyak panas-Gaulkan rata dengan senduk
✅Masukkan bahan lain dan gaul rata, Masukkan air sikit2 hingga jadi doh yang lembut dan senang dicanai
✅Terap dgn acuan atau bentuklah ikut kreativiti masing2 & Letak inti karipap
✅Panas kan minyak betul2, lepas tu slow kan api masuk kan karipap
✅Nak frozen kan goreng 2 3 minit je atau bakar 5 minit api 180

*Bahan-Bahan Inti*
▶5 Ulas bawang merah kecil (blend)
▶3 Ulas bawang putih (blend)
▶1 kg kentang @ keledek (ikut suka nak ape) potong dadu
▶1 peket kari babas ikan yang pek kuning (letak air sikit, gaul sebati)
▶Sedikit Minyak
▶Sedikit Air

*Cara-Cara*
✅Panaskan minyak, dah panas masukkan bahan tumis, yang di blend sederhana, x nak kasar sangat, x nak halus sangat
✅Lepas naik bau, tumisan tadi, masukkan kari dan biar dia naik minyak. Masukkan daun kari kalau nak letak, x nak pun boleh, masukkan kentang @ keledek letak air sedikit. Tambahkan dengan serbuk perasa... garam gula sikit, dah masak tunggu sejuk baru boleh jadikan inti utk kulit karipap tadi


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS