WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

ILMU Pesanan untuk Usahawan

PESANAN UNTUK USAHAWAN💜💜

.
1. *Berniaga adalah satu proses dan ambil masa*
Bukan besok buat hari ni terus kaya raya. Bisnes tidak akan kekal lama jika baru berniaga  terus jadi kaya.

.
2. *Berniaga ada fasanya*
Bermula dari kosong walaupun dulunya kita ni seorang CEO. Tak perlu kenang yang dulunya anda jaguh dunia. Be Reality, anda bermula dengan tiada apa-apa. Jadi berpijaklah di bumi yang nyata.

.
3. *Kegagalan satu pengajaran*
Senyum dan kenang kegagalan itu kerana ianya asbab anda berubah menjadi nyata.

.
4. *Bermula dengan apa yang ada di tangan*
Usah nak tunggu semuanya lengkap baru nak bermula.

.
5. *Rasai masa bermula, merangkak, bangun, jatuh sekejap, berdiri, jalan dan berlari* baru lah jadi usahawan sejati yang Hebat!

.
6. *Berani ambik peluang.*
Walau pada ketika itu kita rasa takut, gusar, tak keruan.. teruskan je, Peluang datang dan pergi. Masa akan berlalu pergi dan tak akan boleh dicari ganti.

.
7. Setiap orang ada masa 888!!
*8 jam tidur. 8 jam kerja. 8 jam rehat*
Nak berjaya, kena korbankan salah satu dari 8 jam itu. Tak percaya? Cuba buat dulu.

.
8. *Berniaga ada seni* nya sendiri
adakalanya kita akan jadi panglima perang, adakalanya kita akan jadi raja,
adakalanya kita akan jadi hamba,
adakalanya kita akan jadi pemerhati saja.

.
9. *Bertahan dan Berterusan*
rezeki kita dah ditetapkan, cuma perlu terus bertahan dan bersabar. Ada ketika didatangkan rezeki tak sangka2 selepas 2-3-6 tahun kita berusaha.

.
10- *Berniaga* perlu dekat dgn hati pelanggan. pelanggan membeli kerana jatuh cinta pada kita bukan sebab kita hensom rupanya,
tetapi biarlah kerana keikhlasan kita tertawan di hati mereka.

.
*11.Bersabar*
Positifkan dan sucikan minda, biar pun dikutuk, dikecam, dihina. Tetap terus melangkah. Bila kita berjaya juga nanti, pasti ada juga suara-suara sumbang di belakang kita. kuatkan semangat untuk terus melangkah. Terus melangkah #Hebat!. 🔥

(pesanan ni copypaste dari FB group usahawan)
semoga bermenafaat.

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS