WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Kek Sarang Semut

*Date:* 1 September 2019
*Menu:* Kek Sarang Semut

*Bahan-Bahan*
▶1 cawan gula
▶1 cawan air panas
▶1 cawan tepung gandum – ayak
▶1 cawan susu pekat
▶2 camca kecil soda bikarbonat – satukan dengan tepung gandum dan ayak
▶4 biji Telur Gred A
▶2 camca besar mentega

*Cara-Cara*
✅Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
✅Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
✅Masukkan mentega. Sejukkan dan ketepikan dulu.
✅Pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat. Cikgu pukul sekejap je, guna whisk agak-agak telur tu dah sebati.
✅Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
✅Masukkan pula tepung yang dicampur dengan soda, sebatikan.
✅Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk tadi. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
✅Bakar dengan api sederhana 160’C selama 1 jam.

*Tips Untuk Dapatkan Kek Sarang Semut Yang cantik*

✅ memotong kek secara melintang, maksudnya belah 2 kek dan baru potong
✅ jangan guna mixxer untuk pukul adunan, cukup guna whisk manual je
✅ untuk mengelakkan kek sarang semut pahit, gula tu kena masak dengan betul, dengan cara api yang perlahan, masak gula tu sampai jadi perang, biar jangan kacau gula tu mencair, sebab kalau jadi ketul, dah kena buat dari awal
✅  bila dah cair sepenuhnya, matikan api sekejap dan masukkan air panas dan buka api besar utk sebatikan gula tadi, *proses ni kena betul, baru sarang semut banyak gebu dan cantik, perap min 2 jam, paling lama 3 jam cukuplah untuk bagi soda bikarbonat merebak dalam kek*
✅ perap yang elok 3 to 4 jam, tapii kalau nak singkat 2 jam boleh, gula hangus kena suam-suam



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS