*Date:* 24 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Kambing Panggang Lada Hitam
*Bahan-Bahan*
▶2 keping hirisan tulang rusuk kambing (gantikan dengan daging nya je pun boleh)
▶1 sudu kecil garam
▶3 sudu besar sos lada hitam (yang sedap sos lada hitam kimball)
▶1/2 sudu kecil daun selasih
▶1 sudu kecil oregano
▶1 sudu besar sos tiram
*Cara-Cara*
✅Panaskan pan, ikut suka siapa ada pan ajaib ke boleh guna, airfrayer pun boleh, nak terus bakar kat oven pun boleh
✅Sapu daging kambing dengan garam dulu
✅Taburkan daun selasih, dan serbuk oregani. Tak ada daun selasih pun x ape
✅Campur sos tiram dan sos lada hitam
✅Sapu pada daging kambing, perap min 1 jam, nak sedap semalaman...baru power dia nya rasa
✅Panggang hingga masak
✳Daging kambing @ daging lembu, boleh ketuk-ketuk daging tu, bagi mudah untuk perapan menyerap ke dalam daging
*Sedia dihidang dengan nasi putih panas-panas*
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger