WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Zebra Ogura Kek

*Date:* 6 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Zebra Ogura Kek

*Bahan-Bahan A*
▶5 Biji Telur Kuning Gred A
▶1 Biji Telur Gred A
▶80 ml fresh milk
▶60 ml minyak
▶70 gm superfine tepung

*Bahan-Bahan B*
▶5 Biji Telur Putih Gred A
▶75 gram gula kastor
▶1/4 cream of tartar
▶Secubit garam

*Bahan-Bahan C*
▶1 1/2 tbsp serbuk koko
▶1 tbsp air panas
_*campurkan Jadi paste*_

*Cara-Cara*
✅Panaskan oven dulu 150 C dan lapik loyang Kek dengan baking paper
✅Tuang air panas dalam tray  dalam oven, paras 1 cm. Tray taw bukan redai
✅Pukul Telur Kuning sampai kembang, masukkan minyak, Susu, Tepung, Dan kaup balik. Selepas masukkan Tepung ketepikan
✅Bowl bersih lain, pukul Telur Putih Bersama Garam dengan kelajuan medium, masukkan cream of tartar. Masukkan gula sikit2 sampai Habis. Pukul sampai bertanduk.
✅Satukan adunan Telur Putih ke adunan Telur Kuning, sikit2. Pastu Guna cara kaup balik. Teknik yang salah buat kek, Kek boleh Jadi mcm2 masalah
✅Bahagi kan adunan ke dua bekas, 1 bekas saja letak campuran paste Koko tadi
✅Gunakan cara motif zebra seperti dalam video
✅Bakar juga menggunakan cara water bath mcm dalam video, dengan suhu 150 C selama 45 minit atau sampai masak

*Selamat Mencuba* 



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS