WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Bahulu

*Date:* 23 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Bahulu

*Bahan-bahan*
Bahan A
▶4 biji telur saiz A
▶135 gram gula halus
▶1/2 sudu kecik esen rose
▶1 sudu besar ovalate

*Cara-cara Bahan A*
✅Mix high speed sampai gebu

*Bahan-bahan B*
▶200 gram tepung gandum
-tepung ni kena ayak dulu dan jemur, atau sangai tanpa minyak untuk meringgankan adunan
-lepas dah proses pertama, ayak dan jemur, sila ayak lagi ya

*Cara-cara*
✅Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit dalam Bahan A
✅Masukkan dalam acuan bahulu, atau nak jimat beli je papercup saiz 4.5cm, letak dalam papercup guna piping beg, atau plastik lutsinar tu, bagi lubang bucu je
✅Nak letak filling dalam tu nak jadikan blueberry ke, strawberry ke, cokelat ke, tambah sikit dalam bekas, filling, pastu paip adunan dalam tu, kacau sikit guna lidi.

*panaskan oven 5 to 10 minit suhu 180*
Kemudian turunkan suhu ke 160, bakar selama 30 minit untuk Guna papercup, Untuk Guna acuan tu, kena Rajin tengok.



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS