Buat sendiri lagi Jimat dan berbaloi-baloi.
Bahan-Bahan Kulit Popia:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur putih
3/4 cawan air
2 sudu mkn cuka
Secubit garam
Cara membuat kulit popia:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah air sedikit. Tutup dan perap 30 minit.
Selepas 1/2 jam, panaskan kuali leper @ non stick ambil sejemput adunan dn lengserkn di ats kuali nipis2.
Biar seketika, kmudian angkat perlahan dgn menarik kulit popia dr tepi. Ulng proses ini hingga hbis.
Kulit popia ni bole letak bertindan ya..sbb dia tk melekat.
Bahan Sos Popia:
12@14 cili kering, buang biji, rebus dn toskn kmudian di kisar dgn 1 cawan air..kisar halus
1 biji bwng besar
5 ulas bwng putih
2-3 sudu gula perang
1 sudu gula pasir
1 sudu kicap manis
Minyak utk menumis
Cara-Cara Buat Sos:
Kisar bwng besar dn bwng putih hingga halus. Panaskn minyak dlm periuk. Tumis bhn kisar hingga wangi. Masukkn cili dn masak hingga pecah minyak. Masukkn gula perang, gula pasir dn jg kicap manis. Masak hingga pekat menggunakn api perlahan. Tambah garam secukupnya.
Bahan-Bahan Inti Popiah:
Sengkuang( jika suks hiris nipis @ memanjng
Taugeh- bersihkn
1/2 biji kubis - racik halus
1 btng carot- hiris memanjng
Segemggam udang. Buang kepala dn ekor- potong kecil
1/2 labu bwng besar cincang halus
2 ulas bwng putih - cincang halus
Udng kering( yg ni su tambah- tumbuk halus
Garam dn minyak utk menumis
Cara-Cara Sediakan Inti:
Panaskn 2 sudu besar minyak dlm kuali, tumis udng, bwng besar dn bwng putih hingga wangi. Guna api sederhana. Masukkn kubis dn carot. Kacau hingga layu.
Masukkn tauge, sengkuang, udng kering dn garam. Kacau sebati dn rasa garamnya. ( masak sekejap je bhn inti ni)
Bahan tabur:
Kacang tanah di sangai, buang kulit dn tumbuk
Udang geragau kering, di sangai dn tumbuk halus.
Bawang goreng
Sediakan kulit popia dn sapukn sos sedikit, dn masukkn inti..gulung kemas..buat smp hbis. Curahkn sos di atas popia td, tabur dgn bhn tabur..siap
Credit : Ziela Lewis
#mahn
Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger