WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Tuesday, 15 October 2019

RESEPI Sambal tempe goreng kering ikan bilis dan kentang

*Date:* 6 Sept 2019
*Disiarkan:* Team NR
*Menu:* Sambal tempe goreng kering ikan bilis, dan kentang

*Bahan-bahan*
▶3-4 biji kentang
▶1 mangkuk ikan bilis yang dah kupas
▶Segenggam kacang tanah
▶1 mangkuk tempe potong kecik
▶Gula secukup rasa
▶Sedikit garam
▶Sedikit air limau kasturi

*Bahan kisar*
▶1 labu bawang besar
▶2 ulas bawang putih
▶8-10 tangkai cili kering

*Cara-cara*
✅Kupas kulit kentang dan hiris nipis, senipis yang boleh. Tempe juga perlu dihiris nipis.
✅Goreng kentang di dalam minyak panas. Masukkan sedikit garam ke dalam minyak supaya kentang tidak melekat.
✅Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.Dalam minyak yang sama, goreng pula kacang tanah.Kemudian goreng tempe sehingga garing.
✅Akhir sekali goreng ikan bilis. Ketepikan kesemua bahan yang telah digoreng.
✅Untuk membuat sambal, buang sedikit minyak lebihan goreng tadi.Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
✅Masukkan garam, gula dan air limau.Kacau sehingga sambal sedikit garing. Tutup api dan biarkan sambal betul-betul sejuk.
✅Apabila sambal dah sejuk, masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

❗ *Pastikan sambal betul-betul sejuk sebelum masukkan bahan goreng supaya bahan goreng menjadi rangup dan tidak lembik bila terkena panas sambal tadi* 


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS