WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Tuesday, 15 October 2019

RESEPI Butter Milk Bun

*Date*: 10 Nov 2018
*Kredit*: Cikgu
*Di Siarkan*: Admin Wani
*Menu*: Butter Milk Bun

*Bahan-Bahan Doh*
70g- Gula Castor/Gula Halus
40g-Susu Tepung (Cikgu Guna Nespray)
50g- Butter
10g- Super Krim (Letak boleh, x letak pun boleh)
500g- Tepung High Protein
1 Biji- Telur Gred B
1 Tsp- Garam (Cikgu Guna Garam Bukit Pink)
200ml- Air
1 Pek- Yis @ 11 gram (Cikgu Guna Salf Instant)

*Cara-cara:*
1. Masukkan Semua Bahan & Gaul Sebati Kecuali Yis & Air
2. Kembangkan Yis Dengan Air
3. Doh Dah Sebati Dan Elastik, Buat Timbangan 40 Gram Bulat & Isikan Inti
4. Letak Dalam Loyang Yang Dah Di Gris Dengan Minyak
5. Tunggu Hingga 3x Ganda Naik
6. Sedia Dibakar Suhu 180 & Masa 20 Minit (Anda Harus Kenali Oven Anda, Setiap Oven Tak Sama)

*Bahan-Bahan Inti*
45g- Butter
40g- Susu Tepung (Cikgu Guna Nespray)
40g- Gula Castor/Gula Halus
40g-Tepung Gandum (Cikgu Guna Cap Rose)

Gaul Semua Sehingga Sebati Gunakan Whisk Manual & Bulatkan Kecil Untuk Di Masukkan Dalam Doh.

*Dah Siap Di Bakar, Boleh Sapukan Dengan Butter Di Permukaan Roti Agar Roti Lembut & Berkilat*


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS