*Date:* 31 July 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Black Forest Kek
_*Salah satu menu viral dalam Kelas Kek cikgu*_
*Bahan-Bahan*
▶250 gm Tepung sponge cokelat
▶20 gm Serbuk Koko (Guna berlys sedap ya amat)
▶4 biji Telur Gred A (Jangan tukar Gred lain, kalau x pernah buat kek)
▶50 gm Susu full krim (cecair ya bukan serbuk)
▶50 gm Minyak jagung (nak Sedap ikut je minyak ni)
▶1 tbsp Ovalette
▶1 tsp Esen vanilla serbuk lebih elok
▶1 tsp Chocolate emulco
*Cara-Cara*
✅Ayak bahan jenis serbuk, supaya lebih smooth masa mix
✅Putar kan ke semua bahan *kecuali minyak jagung* sehingga kembang, kalau boleh putar dalam 3 minit dulu, angkat whisk dan tengok adunan, kalau cepat sangat tenggelam, maksudnya belum OK,
✅Adunan kek dah kembang elok, masukkan minyak sikit2, Dan gunakan spatula saja untuk kaup balik, 1 arah saja. Jangan bertukar tukar arah, kalau dah dari tuang minyak, pusing ke kanan dulu, terus kan ke kanan saja
✅Sediakan loyang dengan sapukan sikit marjerin or minyak baru di dalam loyang, letak baking paper di tapak dalam saja
✅Tuangkan adunan di loyang saiz 8 inci untuk 1 adunan, nanti dah masak baru potong 3 or 4 layer
✅Boleh juga gunakan loyang 6 inci, Akan dapat 2 loyang. *Jangan biarkan adunan yang dah letak dalam loyang, waiting lama*. Masukkan dalam loyang terus bakar
✅Oven panaskan dahulu masa nak mix adunan, suhu panas 130 C. Bila dah adunan sedia di bakar, tukar kan suhu ke 170 c to 180 c. *WAJIB kenal oven masing2* Bakar 20 minit atau sehingga masak
✅Lepas 20 minit, check Kek dengan cara cucuk di tengah2 menggunakan lidi, sekiranya adunan lekat di lidi, maksudnya belum masak
✅Bila dah masak, wajib Keluarkan Kek sponge dari loyang dalam keadaan masih panas, kalau x Keluarkan dia akan mengecut tak cantik
---------------------------------------
*Frosting Kek*
*Bahan-Bahan*
▶250 gm Fresh cream (paling suka guna value pride warna kuning, kalau x suka manis, ambik warna pink dia tulis softblend) (nak guna vivo @ richs gold label pun boleh)
▶1 tin pitted dark cherries (Asingkan air dan isi, Isi ya dihancurkan) (kat kedai bakery ada) untuk filling ❣
▶Topping atas, boleh letak Cokelat ke strawberry ke cherry ke, ikut suka nak apa
*Cara-Cara*
✅Putar fresh cream sehingga kental, cara nak pukul seeloknya macam cara nak double boil, tapi ni double boil dengan air batu di bawah ya, elok gunakan hand mixxer
*Cara Nak Menghias*
✅Potong Kek time dah sejuk
✅Kalau nak kek sponge lebih moist, dap dap dengan air gula sikit2 di setiap layer kek (nak boleh, x nak pun boleh)
✅Letak filling ❣ dan layer yang sama atau layer lain, letak fresh cream
✅Dah siap semua layer, lepa dengan fresh cream dan hias topping atas Kek dan tepi ikut kretiviti masing2
✅Tepi Kek, nak Guna Cokelat parut boleh, nak Guna Cokelat rice pun boleh
*Selamat mencuba* 殺
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger