*Date*: 4 Dis 2018
*Kredit*: Cikgu
*Di Siarkan*: Cikgu Nas
*Menu*: *Kuih Lopes*
*Bahan A*
2 cawan pulut
2 cawan santan cair ( 1/2 biji kelapa)
1/2 cawan air tapisan pandan (7 helai daun pandan)
1 sudu teh air kapur
1/2 biji kelapa parut muda
Garam secukup rasa
*Bahan B (Air Gula)*
1 cawan air
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan (Disimpul)
*Cara Membuat:*
1. Basuh pulut dan rendamkan selama 1 sehingga 2 jam.
2. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut muda ke dalam loyang dan kukus sehingga 30 minit.
3. Masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan. Kemudian ketepikan.
4. Keluarkan pulut yang sudah dimasak dan masukkan ke dalam mangkuk kecil, kemudian tekan supaya leper tetapi padat.
5. Gaulkan dengan kelapa parut muda yang sudah digaulkan dengan garam.
6. Hidangkan dengan air gula merah.
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger