*Date:* 26 Ogos 2019
*Disiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas/Cikgu Wani
*Menu:* Sotong Singgang
*Bahan-bahan*
▶6 ekor sotong - potong bulat kalau sotong besar, sotong kecik, biar seekor seekor
▶1 batang serai - diketuk
▶3 ulas bawang merah - dihiris
▶3 ulas bawang putih - dihiris
▶1 keping asam gelugor
▶2 batang cili padi, kalau x nak pun boleh
▶1 sudu kecil garam
▶700 ml air
*Cara-cara*
✅masukkan air, cili padi dan bawang dalam periuk
✅masukkan serai dan asam gelugor
✅biar mendidih baru masukkan sotong
✅masukkan garam, serbuk perasa (jika suka ya)
✅sesuaikan rasa dengan kita, sedia dihidang
Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger