WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Tuesday, 15 October 2019

RESEPI Bebola Lobak Merah Homemade

*Date:* 24 Sept 2019
*Disiarkan:* Cikgu Nashila/Admin Wani
*Menu:* Bebola Lobak Merah Homemade

*Bahan-bahan*
▶200 gram Isi ayam
▶3 ulas bawang putih - dicincang
▶1 batang lobak merah - disagat
▶1 biji telur - dipukul
▶garam dan serbuk lada hitam secukupnya - pilihan nak letak lada hitam atau tidak
▶1 paket serbuk roti

*Cara-cara*
✅satukan isi ayam bersama bawang putih dan lobak merah
✅tambahkan sedikit garam serta serbuk lada hitam, gaulkan rata
✅kepalkan ikut ukuran yang sesuai, dan celupkan dalam bancuhan telur
✅toskan lebihan telur dan golekkan dalam bekas berisi serbuk roti
✅sejukkan seketika dulu dalam peti ais dalam 1 jam
✅sedia digoreng sehingga kuning keemasan, angkat & toskan sedia di hidangkan


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS