WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Karipap Pusing

*Date:* 25 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas/Cikgu Wani
*Menu:*  Karipap Pusing

*Bahan-bahan*
*Doh A (Minyak)*
▶1 1/2 cawan tepung gandum
▶2 sudu besar tepung jagung
▶2 sudu besar shortening
▶2 sudu besar marjerin/butter
▶1 sudu besar minyak masak
✳Uli sebati dan perap dlm peti ais 15 minit

*Doh B (tepung)*
▶2 cawan tepung gandum
▶2 sudu besar tepung beras
▶2 sudu besar tepung jagung
▶1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
▶1 cawan air sejuk dr peti ais atau air biasa tambah ais
▶1 sudu kecil garam
▶sedikit gula
✳Uli sebati dan perap dlm peti ais selama 15 minit

*Cara-cara*
✅Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga
✅Bulat Bulatkan doh seperti dalam gambar
✅Ambil Doh minyak (A) letak diatas Doh Tepung (B) yg telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut dengan cara rounding
✅Bulatkan kesemua doh, biarkan selama 10 minit
✅Setelah di gulung leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dgn sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali
✅Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian
✅Ambil 1 keping leperkan letak inti dan kelim tepi karipap, sedia di goreng


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS