WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Tuesday, 15 October 2019

RESEPI Bombolini

*Date:* 22 Dec 2018
*Kredit:* Cikgu
*Di Siarkan:* Cikgu Nas
*Resepi:* Bombolini

*Bahan-Bahan*
➡500 gram Tepung High Protein
➡100 gram Gula Kastor
➡100 gram Margerin @ Pure Butter Contoh Anchor Unsalted  (untuk Donat dan Bombolini yang lebih sedap)
➡2 biji telur Gred B
➡210 gram Air
➡1 sudu kecik (5 gram) Garam Halus (Kalau Guna Pure Butter Salted, Garam X Perlu Ya
➡2 sudu kecik (10gram) Susu Tepung Nespray Paling Sedap
➡1 sudu kecik Bread Improver (Boleh Ganti Dgn Krim Pelembut Dough)
➡1 peket yis kering

*Cara-Cara*
✅Ulian Tangan Kembang Kan Yis Dulu Dengan Cara Ambil daripada ukuran air 210. Ambik dalam 10 gram air suam. Bagi kembang yis dulu.
✅Guna Breadmaker Masuk Je semua, Bahan cecair dulu.
✅Guna Mixxer Masukkan Bahan Kering Dulu. Masukkan semua bahan kecuali butter. Dah jadi dough baru masuk butter.
✅Bagi rest dalam 15 minit. Pastu boleh timbang 30 gram atau 50 gram. Tgk nak berapa banyak dapat nya.
✅Dah kembang 2x ganda dari ukuran nya. At least suhu panas rumah dalam 40 minit.
✅Panaskan Dapur dgn api pelan. Dah panas baru masukkan bambolini ke dalam minyak di goreng.
✅Dah suam2, gunting bambolini dan masukkan cokelat atau krim. Atau nak masukkan gel strawbery ke dan lain2
✅Kemudian golekkan atas gula kastor

*Selamat Mencuba*

*Info*
Boleh Dapat Dalam 20 Biji Kalau Buat 50 gram.
Nak jual rm1.00 doh kena 30 gram.
Isi Boleh Saja Nak Guna Yang Instant Mcm Nuttela Cokelat @ Boleh Je Krim Ape Pun. Boleh Buat Eksperimen Sendiri 


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS