WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Tuesday, 15 October 2019

RESEPI Pandan Muffin

*Date:* 24 Sept 2019
*Disiarkan:* Cikgu Nashila/Admin Wani
*Menu:* Pandan Muffin

*Bahan-bahan*
▶4 biji telur gred A
▶300 gram gula kastor
▶200 ml susu uht
▶250 gram butter yang dah dicairkan (nak sedap gunakan pure butter unsalted)
▶30 gram serbuk penaik - diayak
▶450 gram tepung gandum - diayak
▶cip cokelat putih - secukupnya (x nak pun boleh)
▶1 sudu makan esen vanilla
▶beberapa titik perasa @ emulco pandan
▶beberapa titik pewarna hijau

*Cara-cara*
✅gula (guna cara double boil- bagi cair dulu,dah sejuk suhu bilik baru boleh guna untuk next)
✅satukan gula dan telur, pukul hingga sehingga kembang dan sebati
✅masukkan esen vanilla dan butter cair, kacau sehingga sebati
✅masukkan bahan-bahan kering dan kacau sebati
✅susunkan acuan cup ke dalam loyang, dan tuangkang adunan ke dalam cup, jangan isi penuh cup, tinggalkan dalam 2cm ruang untuk kembang, dan boleh letakkan cokelat cip putih di atasnya
✅panaskan oven ikut oven masing2 selama 10 minit
✅bakar di suhu 190 to 200 darjah celcius selama 20 minit @ sehingga masak

*kenali oven masing2*



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS