*Date:* 12 Sept 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas/Admin Wani
*Menu:* Kek Keju Limau Nipis
*Bahan A*
▶50gram Biskut digestive,dihancurkan
▶45gram Butter cair
*Bahan B*
▶200gram Keju Krim
▶250gram Susu Pekat
▶20gram Jus Limau Nipis
▶1sudu teh Parutan Kulit Limau Nipis
▶1/4sudu teh Esen Vanilla
*Bahan C*
▶110gram Krim Putar
*Bahan Hiasan*
▶Krim Putar,Dipukul
▶Hirisan Limau Nipis
▶Parutan Kulit Limau Nipis
*Cara-cara*
✅Sebatikan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam bekas yang dikehendaki
✅Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit
✅Pukul semua bahan-bahan B sehingga sebati dan tidak bergentel,ketepikan
✅Pukul bahan-bahan C sehingga kembang dan gebu, sebatikan dengan bahan B
✅Isikan ke dalam beg piping dan paip ke atas biskut hancur yang telah sejuk. Dah siap pastu sejukkan selama 2 jam sekurang-kurangnya, hiaskan mengikut kesukaan dan kretiviti masing-masing
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger