WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Tuesday, 15 October 2019

RESEPI Fishcake Homemade

*Date:* 6 Sept 2019
*Disiarkan:* Team NR
*Menu:* CARA-CARA BUAT FISHCAKE HOMEMADE
(Kredit yatie mohd)

*BAHAN-BAHAN*
▶1 ekor ikan tenggiri bunga ( yang ada bintik)
▶1 sudu makan tepung jagung – lebih sikit tak apa
▶Garam secukup rasa – bancuh dengan 1 mangkuk kecil air
▶1 sudu teh lada sulah
▶Sedikit sesedap rasa

*CARA MEMASAK*
✅Pipiskan @ potong isi ikan depan belakang ikan. Macam dalam gambar, step by step.
✅guna sudu dan korekkan isi ikan yang melekat pada tulang, tengok gambar.
✅Satukan isi ikan, tepung jagung, lada sulah dan sesedap rasa. Gaul sebati. Kemudian masukkan air garam sedikit untuk sebatikan bahan-bahan.
✅Tumbuk isi ikan sambil dimasukkan air garam sikit-sikit. Tak payah guna sampai habis air garam tu. Asalkan isi ikan jadi kenyal sudah memadai.
✅Letakkan plastik dalam loyang. Masukkan isi ikan. Tekan-tekan bagi padat. Guna sudu yang dah sapu sikit minyak.
✅Panaskan kukusan dan masukkan loyang. Kukus dalam 10 – 15 minit menggunakan api besar.
✅Apabila dah masak, keluarkan isi ikan kukus tadi. Biar suam sedikit barulah dipotong panjang.
✅Panaskan minyak dan goreng kepingan fishcake tadi dengan api sedang. Jangan bagi garing.

Cgu Iia/cgu nas *Kongsi info*.. Ikn isinya putih/ikn tali/ikn kacang.. boleh jugak d gunakn utk tujuuan buat fish ball. Teknik
Rebus.. Bila timbul angkat keluar fish ball tadi dn sejukkn dlm ketul ais. Dah sejuk keluarkn dri ais.. tapis terus packing atau simpan dlm bekas..
Simpan dlm peti sejuk..

*(kredit to sabah melina)*



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS