WEEKEND ORDER
PERNIAGAAN DeSweet Hut Worldwide
Monday, 28 October 2019
Hokkaido Triple Cheese
RESEPI Kek Nenas
KANGEN dan Awet muda
Petua jadi kurus dan sihat dengan Antioxidant Water
Sunday, 27 October 2019
RESEPI :: Pancake dan Syrup
Surah-surah amalan
Saturday, 26 October 2019
RESEPI Roti kukus Kaya Pandan
Monday, 21 October 2019
BAGAIMANA MEMBELI MESIN KANGEN / HOW TO BUY KANGEN MACHINE
To buy kangen machine please go klik HERE
Keperluan Air Kangen mengikut pH
Sunday, 20 October 2019
RESEPI Tauhu sayur
RESEPI Popia basah homemade
IKAN DAN AIR KANGEN
KRISIS PEMULIHAN (Healing Crisis)
Saturday, 19 October 2019
ZIKIR PAGI AMALAN SUNNAH RASULULLAH ﷺ
kredit buat blog tuan mdthamim |
Antara zikir dan doa utama yang diamalkan Rasulullah ﷺ pada waktu pagi setelah subuh hingga terbit matahari:
1. MEMBACA AYAT KURSI
Dibaca satu (1) kali
Fadhilat:
"Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang."
[HR Al Hakim 1: 562]
2. MEMBACA 3 QUL; SURAH AL IKHLAS, AL FALAQ & AN NAAS
Dibaca tiga (3) kali
Fadhilat:
"Siapa yang mengucapkannya masing-masing tiga kali ketika pagi dan petang, maka segala sesuatu akan dicukupkan untuknya."
[HR. Abu Daud no. 5082, Tirmidzi no. 3575]
3. MEMBACA SAYYIDUL ISTIGHFAR
Dibaca satu (1) kali
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ،
أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْت*َ.
Fadhilat:
"Barangsiapa mengucapkan zikir ini di siang hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati pada hari tersebut sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni syurga. Barangsiapa yang mengucapkannya di malam hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati sebelum pagi, maka ia termasuk penghuni syurga."
[HR. Bukhari no. 6306]
4. MEMBACA DOA PELINDUNG DIRI
Dibaca tiga (3) kali.
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Fadhilat:
"Barangsiapa yang mengucapkan zikir tersebut sebanyak 3 kali di pagi hari dan 3 kali di petang hari, maka tidak akan ada bahaya yang tiba-tiba memudaratkannya."
[HR. Abu Daud no. 5088, 5089, Tirmizi no. 3388, dan Ibnu Majah no. 3869]
JOM SAMA2 AMALKAN
@kitabdoa
Amalan untuk kaum hawa
Doa ini diajarkan Rasulullah ﷺ kepada Sayyidah ‘Aishah رضي الله عنها:
allahumma azhib gaiza qalbi wa ajirni min mudhi latil fitna
Maksudnya: Ya Allah, keluarkan kemarahan / keresahan hatiku, dan peliharakan diriku daripada kesesatan segala fitnah.
Amalkan zikir ini 7 kali setiap hari, antara faedahnya ialah menjadi asbab untuk diperbaiki akhlak dan diperkuatkan iman, dan juga diangkat darjatnya kepada darjat para auliya serta dijadikannya sebagai wanita yang solehah.
[Habib Kadzim Bin Jaafar Bin Muhammad Assaggaf حفظه الله تعالى]
DOA Kekuatan Iman
Bismillahirrahmanirahim..
Allahumma qawwini fihi' ala iqamati amrika,
Wa adziqni fihi halawata dzikrika,
Wa awzi'ni fihi liadai syukrika bikaramika,
Wahfazhni fihi bihifzhika wa satrika,
Ya absharan nazhirin,
" ya allah! Mohon berikanlah kekuatan kepadaku, untuk
Menegakkan perintah - perintah - MU, dan berilah aku manisnya berdzikir mengingat-MU. Mohon berilah aku kekuatan untuk bersyukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan -MU dan perlindungan -MU, wahai dzat yang maha melihat".
Ikhtiar sebelum meninggalkan kediaman dan sebagainya.
1. Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah dan baca doa berikut:
i) Mengucap dua kalimah syahadah - 1X
ii) Selawat keatas nabi - 2 X
اللهم صل على محمد وآل محمد
iii) Ayat Kursi - 1 X
اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ
حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
"Allahu la ilaha illa huwa Al -Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm
lahu ma fi as-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma bayna aydihim wa ma khalfahum
wa la yuhituna bi shai'in min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard
wa la ya'uduhu hifdhuhuma
wa Hu wal 'Aliyul-Aziim"
iv) Surah Yasin ( ayat ke-9 ) - 1 X
وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
" Wa Ja'alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun "
Bermaksud :
"Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".
RESEPI Bawal Emas Stim Asam Boi
Bahan-Bahan:
1 ekor Bawal Emas, bersihkan
5 biji asam boi
3 ulas bawang putih, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 inci halia, potong halus seperti batang mancis
1/2 batang karot, potong halus seperti batang mancis
2 sudu besar sos ikan Thai
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji kimau nipis
1/2 cawan air
1 biji tomato, potong 4
4-5 tangkai daun ketumbar
Cara Penyediaan:
Letak ikan di atas loyang, atau dulang tahan panas.
Tabur hirisan bawang putih, bawang merah, halia, asam boi dan karot.
Tuang bancuhan air tepung jagung, sos ikan Thai dan perahan jus limau nipis.
Tabur garam sedikit gula. Kukus selama 15 minit.
Selepas 15 minit, buka kukusan dan tabur daun ketumbar bersama tomato. Sambung kukus selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.
Friday, 18 October 2019
RESEPI Talam Tokyo
Bahan-bahan
Lapisan Bawah
30g suu'un - rendam selama 10-13 minit - gunting kecik-kecik
125g sagu kecil - cuci dan rendam 10-13 minit dan toskan
50g kelapa parut -amik yang putih je
1 sudu kecil garam
200ml santan
Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)
Lapisan Atas
150g gula pasir
50g tepung kastard
400ml santan
1 biji telur (gred A)
1/8 sudu kecil air abu (kak rose x de, so x letak)
1/4 sudu kecil garam
sedikit pewarna hijau
sedkit paste pandan
Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk
2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat gitu)
3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong.
Kredit kak rose
LIKE DAN SHARE
RESEPI Kuih lapis labu kuning
Bahan A:
2 cawan air
1 1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, simpul
Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan santan
Bahan C:
1/2 cwn santan pekat
Bahan D:
1 cawan labu, rebus dan haluskan
Cara-caranya
Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan, ketepikan dulu.
Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A.
Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian di masukkan santan dan satu bahagian lagi masukkan labu.
Panaskan kukusan, alaskan plastik pada loyang.
Masukkan adunan labu dan kukus selama 10 minit.
Lapiskan pula adunan santan, kukus selama 7 minit.
Ulangi sehingga habis, setiap lapisan 7 minit dan lapisan terakhir 20-25 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.
Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik.
Nota:
Kurangkan sukatan gula kepada 1 cawan, jika tak suka manis.
Selamat mencuba and happy cooking!